Untuk Iklan, sila klik...

Wednesday, July 28, 2010

Adakah semua ini benar??

"Errmmm... enaknya coklat nii.. nak lagi.." "Wah, rangupnya... sedap betul keropok ni.." inilah yang selalunya kita ucapkan ketika makan makanan ringan yang dibeli di mana-mana kedai. Adakah lafaz Basmalah (بسم الله الرحمن الرحيم) kita sertakan bersama? Jika ya, tak mengapalah. Tapi, bagaimana kalau tidak? Muhasabahlah.

Tapi, bukan itu sebenarnya yang ini dikupaskan dengan lebih lanjut. Penulis teringin untuk bertanya kepada semua pembaca sekalian.. Setiap kali kita beli makanan di kedai, sama ada makanan ringan ataupun makanan mentah, adakah kita terfikir tantang bahan-bahan untuk menghasilkan makanan tersebut? Selalukah kita membelek-belek ruangan bahan-bahan yang tertera di belakang bungkusan makanan tersebut? Ataupun cukup sekadar logo Halal Jakim yang tertera sudah membuktikan bahawa makanan itu benar-benar halal? Bagaimana dengan makanan yang tiada logo halal? Pernahkah kita tersedar, produk yang amat laris di pasaran yang mendapat perhatian semua pembeli muslim khususnya seperti:
Coklat Ferrero Rocher
snek kentang PringlesKedua-dua produk ini sebenarnya TIDAK MEMPUNYAI logo Halal Jakim atau mana-mana logo Halal tapi cukup laris terjual di pasaran. Tidak percaya? sila periksa sendiri.

Namun, bagaimana pula dengan makanan yang diragui yang mempunyai logo Halal Jakim? Adakah kita yakin bahawa makanan ini betul-betul halal? Terfikirkah kita tentang logo halal palsu? Di sini, penulis ingin mengeluarkan beberapa fakta tentang bahan-bahan makanan yang diragui...
Emulsifier (E471) (Mono-and Diglycerides of Fatty Acids) sebenarnya dihasilkan dari LEMAK BABI. Fungsi lemak babi ini digunakan dalam makanan adalah untuk menstabilkan bentuk dan rasa makanan selain menjadi bahan pengawet kepada makanan yang dihasilkan. Ini kerana lemak haiwan lain tidak cukup padat untuk menjadi penstabil makanan yang baik. Bahan ini selalunya terdapat pada makanan segera yang dipek untuk tempoh yang panjang seperti keropok, snek dan sebagainya.
Gelatin pula kebanyakan dihasilkan dari bahan yang berasaskan haiwan terutamanya BABI. Ini kerana gelatin yang dihasilkan dari babi dapat bertahan lebih lama selain proses penghasilannya lebih mudah dilakukan.

Selain itu, makanan yang mengandungi bahan yang diragui ini terasuklah

Coklat Cadbury
Kek lapis Apollo
Dan banyak lagi produk yang tak dapat penulis senaraikan kesemuanya di sini.

Kesimpulannya, kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam memilih makanan yang kita akan makan. Ini kerana setiap zarah makanan yang masuk dalam tubuh badan kita akan menjadi darah daging kita. Dan inilah yang akan membentuk diri kita sama ada menjadi daging yang baik atau buruk. Inilah puncanya umat Islam sekarang semakin lemah dan kurangnya semangat mempertahankan agama. Rasulullah S.A.W pernah bersabda dalam hadisnya: "Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram, maka nerakalah yang lebih layak baginya.." Mahukah kita??

23 comments:

  1. baca buku yg mufti perak wat.... bguss

    ReplyDelete
  2. salam..tuan blog..sy nak kongsi article nie dgn kwn2 sy by email boleh x..

    ReplyDelete
  3. aslmkm... kongsi2 yerrr artikel nih. (^.^)

    ReplyDelete
  4. silakan.. tiada apa yg perlu dibakhilkan di sini..

    ReplyDelete
  5. pd aku bgs la klu kta tau btul2 benda tu haram.
    tp klu nk kira, logo halal jakim da ckup.
    xkn jakim nk tpu umat islam?
    klu diorg tipu pun diorg yg tanggung dosa.
    klu ikutkn apa yg aku blajar dlu,
    ustaz aku ckp, contoh klu kta mkn sayur.
    sayur tu ada kencing babi.
    kta HARUS mkn dgn niat kta mkn sayur.
    bkn mkn babi.
    mmg la klu kta tau xleh mkn.
    tp klu xtau, kta xbrdosa la.
    ckup2 la nk was2 kn umat islam.
    semua ni propaganda.
    innamal angma lubinniat.
    yg penting niat hati kta.
    klu da was2 xpyah la mkn.
    senang.

    ReplyDelete
  6. sadare zen:

    walaupun pihak jakim yg akan tnggung dose,
    klau satu bende haram msuk dlm bdan kte, bende tu tetap jd darah daging..hukum haram tu bukan stakat ntuk dose..tp ntuk kebaikan..paham??

    ReplyDelete
  7. xpe la.
    aku mlas nk gaduh2 ni.
    tp aku just suarakn pndapat.
    korg pikir la mne utk kebaikkn korg.
    pda aku xsalah nk mkn slagi benda tu xmemudaratkn dan blum terang2 jatuh hukum haram.
    aku pegang pendapat tu.
    dan aku x was2.

    ReplyDelete
  8. salam ...
    yup 4 me 2 .. asal kite x sangsi ... x was2 .. kita tahu makanan 2 x memudarat kn kesihatan .. maka x haram ..
    tp kalo terang terangan mmg haram ... kite pon was2 .. haram ler .. baik jgn ...
    kalo nk ckp psl was2 ngan cop halal yg d kluar kn oleh jakim mmg x ler ptt ... habis la sume produk kat msia nih x ley guna .. psl dh was2 ..
    ape pun sume 2 bergantung pd nawaitu ..
    semoga Allah sentiasa melindungi kita dr bende2 haram nih ..

    ReplyDelete
  9. Thanks for commenting.
    Tak perlu gaduh2 Zen, xde ape pun. Ini sekadar perkongsian maklumat. ape yg saya dapat, saya poskan. lagi satu, bukan setiap benda haram tu memudaratkan. Contoh makan ular. xde mudarat kite dpat tapi die tetap haram kecuali terpaksa.
    Jakim jg dikawal oleh MANUSIA. Manusia x lari dari kesilapan. saya x cakap ape yg Jakim buat tu salah kat mana2 tapi ini yg lebih detail la tentang maklumat yg mgkin x sampai kpd Jakim.

    ReplyDelete
  10. pringles dah ade tanda halal
    harap maklum

    ReplyDelete
  11. mcm2 komen aku dgr,tp dalam islam dah cakap kan,klu was22 xpayah la mkn,bg sapa y was22 xyah makn,toi x,sng je,walaupun mknn ni xmemudaratkan,tp dlm islam dah cakap,babi dan arak mmg haram,arak klu d minum sikit xmabuk,klu xmabuk,xmemudarakan,so boleh minum ka???mmg mknn 2 xmemudarakan sb kandungan dia sikit je,tp mcm mana amalan kita dgn allah pulak???diterima ka???benda y haram,tetap haram,walaupun x memudaratkan,kecuali kita berada dalam keadaan darurat,ini pendapat aku je,,,,

    ReplyDelete
  12. huwawa ... mkn ular ??
    adoii .. mmg x memudarat kn .. TP dh jelas haram sbb dlm kategori binatang yg bertaring ..
    yup .. stuju dgn 77 .. dh d terang kn ... bende2 haram nie hanya boleh d mkn jika benar2 dlm keadaan darurat ...
    tp jgn lah kita ambil ringan @ memudah kn bende haram dan halal nie ... sesungguhnya apa yg kita mkn 2 mencermin kn dri kita ...

    ReplyDelete
  13. Salam..

    sy ingin menyuarakan sedikit pendapat sy. Sy setuju dgn saudara Zen. Benda yg kite x nmpk, x perlula kite pikir dalam2. Satu soklan yg sy rs kite smua kena tny dr sdiri, sjauh mana ilmu kite utk kata yg tu halal yg tu haram? kite ade PhD ke dlm bidang kimia makanan utk decide bhn tu haram@haram? ataupun kite cuma dgr2 je org ckp? pakai ikut org. jd biarla kite serahkan pd org yg pakar dlm bidang utk menentukan halal haram ni utk bgtau kat kite. sbb tu kite kena yakin dgn para ulama' sbb ilmu agama diorg tinggi. dlm hal ni, kite kenala yakin dgn JAKIM. diorg pn mesti ade pakar kimia makanan. soal diorg tipu ke, rasuah ke, x tau ke, itu urusan mereka dgn Tuhan. kalu kite masih x yakin, blaja rajin2 tinggi2 dan lepas tu buat research sdiri yg mana haram halal. bole tlg paskan dkt org lain yg masih jahil termasukla sy. Wallahualam.

    Salam..

    ReplyDelete
  14. ada juga dengar kuliah agama tentang hal ni, diterangkan bahwa kalau sesuatu barangan tu dah ada tanda halal.. Insyaallah halal.. Tak perlulah kita nak pegi siasat korek sana sini nak tau dia buat daripada apa dan sebagainya... Baguslah kalau ada yg dah buat sampai macam tu... Satu kebaikan daripada persoalan ini... Sepatutnya org2 islam perlulah mengeluarkan produk2 makanan yg setanding dengan keluaran jenama terkenal... Sudah menjadi fardu kifayah kpd umat islam untuk mengeluarkan produk makanan sendiri dan umat islam wajib menyokong produk keluaran islam ... Sebab itulah umat islam sepatutnya perlu memaajukan diri dalam semua bidang tak semestinya mendalami ilmu agama semata2 tapi meninggalkan ilmu sains dan teknologi serta mundur pula dalam perniagaan...

    ReplyDelete
  15. Salam...tahniah kpd semua yg komen..nampak semua perihatin dgn apa yg di utarakan...bg saya..apa yg moderator utarakan disini utk perhatian dan maklumat kita..jika benar apa yg di utarakan.. satu kebaikan ...bkn nak mati kalau kita tak makan benda benda tu..kita boleh lupakan sementara cuma apa yg penting,.maklumat tu kita kongsi..dan kpd pihak berwajib..buat siasatan...ini semua kepentngan umum dan kepentingan Islam khas nya..

    ReplyDelete
  16. TQVM 4 commenting..

    WMf: memang kita xda phD dlam bnda2 berkaitan makanan nie tapi adakan tu bleh djadikan sebab kita bleh amik ringan tntang apa yg kita makan? Skali lagi admin nak nyatakan, Post ni bukan fatwa atau istinbat hukum. tapi ini maklumat tambahan yang telah diperoleh. supaya umat Islam lebih hati2 dalam memilih apa yg mereka suap dalam mulut mereka.

    Saiful 'Adli: memang Islam galakkan keluarkan produk sendiri dengan meluas tapi produk2 di atas tu produk dari kilang mana? anda makruf siapa pemilik kilang yg menghasilkan produk tersebut? sbg contoh, minyak masak cap helang.. Pengeluarnya seperti sedia maklum, bernama LAM SOON. ada ke org Islam sengaja letakkan nama yg ala-ala non-Muslim untuk produk mereka? Sedangkan ada tanda halal. anda yakin betul2 halal? sedangkan produk alternatif buatan muslim banyak terdapat dipasaran. yang mana anda akan pilih? utk produk2 yg lain, anda boleh observe sendiri.

    Sama-samalah kita berdoa agar kita diberi petunjuk supaya tak termakan benda2 yang haram dan syubhah.

    ReplyDelete
  17. Kes ni dah lapuk dah. Kenapelah nak di kembalikan lagi. Untuk pengetahuan lanjut sila rujuk pada http://www.halal.gov.my atau http://nanie-emily.blogspot.com/2010/07/kod-khinzir-pada-makanan.html atau http://www.nuristimewa.com/makanan-e-codes-halal-di-malaysia.html. Dan satu lagi kalau anda masih mengatakan makanan tersebut tidak halal tapi masih mempunyai logo halal, Kenapelah pulak anda pergi ke pasar malam atau warung untuk makan sedangkan tidak terdapat tanda halal pada tempat tersebut. Fikir2 kan lah

    ReplyDelete
  18. suara satu hikayat... maksud saya, sebab itulah umat islam perlu mengeluarkan produk sendiri yang lebih berkualiti drpd apa yg ada dipasaran... yg bukan saja org islam suka tapi yg bukan islam pun suka menggunakannya... contohnya kalau coklat... nak makan coklat cap apa yg islam punya? kalau ada sekalipun dipasaran hari ni.. yg pastinya tidak meluas dan kurang publisitinya...

    little tein... baru atau lama perkara ni bukan soalnya... baguslah ramai yg masih prihatin, apa jadi kalau semua org buat tak tahu saja? siapa pun tak komplen? yang tahu pula buat2 tak tahu .. maka org yg tahu tu yg menanggung dosa... kalau nak diikutkan sejak saya disekolah rendah dulu sekitar tahun 1970an, masyarakat telah digemparkan dengan pelbagai senarai produk yg dikatakan haram kerana mengandungi gelatin.. sebaran pula hanya melalui surat2 berantai... semua produk colgate palmolive dan nestle disenaraikan bersama produk2 jenama tekenal yg lain juga... tetapi pihak jakim sendiri telah mengeluarkan tanda halal untuk produk2 tersebut... lama kelamaan kes itu kembali sepi... cuma yg bagusnya, ketika itu juga timbul pelbagai jenama islamik sperti zaitun, safi dll... kemudian, terpulanglah kepada pengguna untuk memilihnya.

    ReplyDelete
  19. Saiful 'Adli: Oh, begitu. Baguslah kalau sefikrah. Memang betul, kalau sejarah tak dikaji, rasanya sampai bila kita takkan tahu asal usul. Macam tu jugak artikel ni. Walaupun perkara ni dah dianggap lapuk oleh saudara litTle teN, namun ini berkaitan dengan sensitiviti umat Islam. Saya bukan seorang pemikir dan bukan yg selayaknya memikirkan tentang perkara ni tapi sekurangnya menyampaikan apa yang saya tahu. Terima kasih kerana nyatakan pendapat anda.

    ReplyDelete
  20. E471 tu sama ada diambil daripada sumber tumbuhan atau haiwan (babi), klu dah ada logo halal jakim yang sah, maka makanan tu bukan syubhah..

    ReplyDelete
  21. kalau anda yakin dengan pendapat anda, silakan. Ini sebagai peringatan kepada mereka yang mahu berhati-hati.

    ReplyDelete
  22. aslmualaikm, tmpg singgah..
    juz nak share apa yg aku tau..

    ada pendapat yg mengatakan,kalu 1 benda itu dari sumber spt babi/anjing kalu telah berubah sifatnya sepanjang proses pembuatannya tidak dikira haram..

    i.e.
    tanaman yg diberi baja najis babi
    ternakan yg makan najis spt ayam,itik
    sabun yg dibuat drpd lemak babi/anjing
    ubat dr sumber babi spt clexane

    so dalam kes ni..? fikir2kan

    ini hanya satu pendapat yg boleh disangkal

    ReplyDelete
  23. wsalam afifuddin.

    memang ada pendapat yg mengatakan macam tu tapi setahu admin ia bukan pendapat Imam Syafie Rahimahullah, imam mazhab yang kita pegang sekarang. Menurut imam syafie, walaupun ia dah diproses, (zaman sekarang banyak bahan kimia yg mengubah sifat asal bahan), namun hukumnya tetap kembali kepada bahan asal yg dicampur ke dalam makanan tersebut walaupun sedikit.

    Contoh terdekat, jika anda memasak di dapur. Sambil memotong makanan tiba2 terhiris jari sendiri. kemudian darah masuk ke dalam makanan tersebut. mahukah anda makan? sedangkan darah itu adalah najis? untuk produk2 yg sedemikian, kita gunakanlah skop yg lebih besar. Wallahua'lam.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails