Untuk Iklan, sila klik...

Thursday, July 15, 2010

Oh, dia tak bersalah!


Anda kenal dengan haiwan ini? Masih kenal dengan ia setelah kejuaraan bola sepak FIFA telah semakin lama berkhir? Mana mungkin kita boleh terlupa ya. Haiwan yang dianggap sakti yang boleh meramal nasib pasukan mana yang akan menang sebelum perlawanan berlangsung. Hebat! memang hebat. Tanpa tercicir satu perlawanan pun yang bertentangan keputusannya dari ramalannya. Tukang tilik pun kadang-kadang ada juga yang tersilap. lawak betul!

Sotong kurita milik negara Jerman ini diberi nama Paul dan tugas yang telah diberikan kepadanya telah dilakukan dengan sempurna hingga tamatnya FIFA 2010. Namun, ketika melaksanakan tugasnya dengan baik, ia diancam dan diugut bunuh oleh penyokong negara miliknya sendiri apabila Paul tidak memilih Jerman ketika menentang Sepanyol pada perlawanan separuh akhir. Apa salah makhluk Allah ini?

Faktanya, sotong kurita adalah buta warna dan lebih tertarik kepada warna yang lebih terang. Jadi, jika anda perhatikan betul-betul, negara yang dipilih oleh Paul adalah negara yang memiliki warna bendera yang lebih terang dari lawannya. Kalau anda kurang percaya dengan fakta ini, sila kaji sendiri. Jika terdapat percanggahan, sila komen.

Inilah yang dikatakan ujian Allah kepada manusia seluruh dunia umumnya untuk menilai tahap keimanan setiap individu. Kepercayaan kepada qada' dan qadar diketepikan demi mengharap pada keputusan yang dilakukan oleh haiwan yang buta warna. Pelik kan? tapi itulah hakikatnya. Senang-senang sahaja satu perkara syirik telah tersebar. Kepada seluruh umat Islam di dunia yang pernah terdetik untuk mempercayai keputusan Paul ini, segeralah bertaubat. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.

2 comments:

  1. camne pulak dulu paul ramal jerman mng ngan spain mse euro 2008 tp jerman klh..tp world cup sotong tu pilih spain pulak mase semi final spain-german..

    ReplyDelete
  2. Allahlah yang lebih mengetahui dan dia adalah sebaik-baik perancang...
    Itulah nak dikatakan, takdir bukan ada pada Paul si sotong kurita ini tapi segala-galanya ada pada kekuasaa-Nya.
    Makhluk tak pernah lari dari kesilapan. maksud saya Paul ini xde salah dalam FIFA baru2 ni. Allah takdirkan terjadinya perkara ni sebab nak uji keimanan manusia. Paul jga mlakukan kesalahan pada lain2 masa sebab dia jugak makhluk. Tiada makhluk yg x pernah lakukan kesalah.
    Anda puas hati dengan jawapan ni?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails