Untuk Iklan, sila klik...

Tuesday, July 13, 2010

Alahai nasib badan...

Selalunya kita akan cakap, "wah, bahagianya hari ini... Indah betul". Kadang-kadang tak kurang jugak kita akan menyebut, "aduh, malangnya nasib aku... Apalah nak jadi ni". Bila kesenangan menyinggah dalam kehidupan kita seharian, kita akan merasa gembira. Manakala, tika kesulitan menjengah, kita mula mengeluh.

Pernahkah kita sedar, siapakah yang memberikankan segala kesenangan dan kesulitan tersebut? Berapa kalikah kita merasa berterima kasih kepada Maha Pencipta apabila diberikan kebahagiaan? Apakah tindakan yang kita telah lakukan apabila segala nikmat telah kita kecapi? Adakah cukup dengan apa yang kita sudah lakukan itu?

Renungkanlah. Segala nikmat yang telah diberikan kepada kita adalah PERCUMA. Tiada langsung bayaran yang telah Allah minta daripada kita selain menyuruh kita beribadat kepada-Nya. Setiap atom oksigen yang kita sedut setiap hari adalah merupakan tanda nikmat yang berpanjangan yang sepatutnya kita sedar. Bayangkan bumi ini wujud tanpa diciptakan di dalamnya oksigen, sudah tentu tiada satu pun hidupan yang dapat bernafas. Segala ciptaan-Nya adalah kurniaan kepada manusia untuk manusia terus berfikir tentang kebesaran-Nya.

Apabila kita ditimpa suatu musibah, apakah yang selalunya kita lakukan? Apakah yang selalunya kita sebutkan? Adakah kita berfikir tentang ujian Allah yang melanda diri kita? Kadang-kadang ada yang menyalahkan tuhan kerana diuji dengan sedikit kesusahan. Apakah mereka tidak ingat bagaimana para rasul diuji? Adakah ujian yang melanda diri mereka sama hebatnya dengan ujian para rasul? Sekurang-kurangnya bersyukurlah kerana seteruk mana pun ujian yang melanda kita, ada lagi individu yang hidupnya lebih menderita. Tak perlu kita salahkan tuhan terhadap setiap kesusahan kerana segala ujian daripada-Nya adalah tanda kasih-Nya pada kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails