Untuk Iklan, sila klik...

Thursday, July 8, 2010

Adakah kita lupa?


Baru-baru ni kita digemparkan dengan serangan Rejim Zionis laknatullahi alaihim ke atas kapal bantuan Malaysia ke Ghazah (Gaza). Post-post di dalam laman sosial Facebook, Friendster, My Space dan sebagainya rata-rata menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap serangan tersebut. Gambar-gambar profil pula ditukar kepada imej-imej yang menunjukkan ciri-ciri anti-Israel dan pro Palestin. Baguslah jika rakyat Malaysia kini, terutamanya remaja sedar dan prihatin terhadap nasib rakyat Palestin di Gaza.

Tapi takkan itu saja yang kita mampu lakukan untuk menunjukkan kemarahan kita terhadap tentera Zionis dan kesedihan kita mengenang nasib saudara-saudara kita di sana? Adakah tindakan kita itu dapat membantu mereka yang sedang berada dalam penderitaan yang maha dahsyat itu?? Mampukan dengan apa yang kita lakukan itu dapat menumpaskan kemaharajalelaan tentera-tentera berhati syaitan itu? Tambahan pula dengan kemunculan Piala Dunia Bola Sepak (FIFA), kejadian tersebut terus dilupakan dari kotak fikiran kita. Seolah-olah tiada apa yang amat kejam telah berlaku.. Bersorak gembira sambil melupakan kejadian pasukan keselamatan negara kita yang telah terkorban demi penduduk Palestin.

Mungkin belum kena atas batang hidung sendiri. Cuba kita renungkan sejenak. Kalaulah anggota penyelamat itu dari kalangan anggota keluarga kita. Sanggupkah kita biarkan begitu saja? Mampukah kita hanya berdiam diri dan tidak mempedulikan nasib mereka yang telah pergi dek kekejaman tentera Israel itu? Tentunya tidak. Jadi, beratkah kita untuk mengenang nasib mereka? Sesungguhnya mereka itu saudara kita juga. Fikir-fikirkanlah.

Marilah sama-sama kita menadah tangan, menundukkan pandangan, merendahkan keegoan sambil menghadap tuhan... Berdoalah untuk mereka, kerana itu yang mereka perlukan dari kita sekarang selain dari bantuan yang gagal kita hantarkan tempoh hari. Alfatihah~

2 comments:

Related Posts with Thumbnails