Untuk Iklan, sila klik...

Tuesday, July 6, 2010

Di sebalik Piala Dunia 2010 Afrika Selatan (FIFA 2010)

Nampaknya FIFA 2010 akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi... Hanya menunggu saat-saat kemunculan pasukan jaguh bola sepak dunia berentap pada perlawanan akhir 11 Julai nanti. Detik yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat dunia umumnya...
Sedar atau tidak sudah lebih sebulan rakyat Malaysia khususnya ber'qiamullail' sama ada di dalam ruang tamu rumah, kaki lima bangunan kedai makanan, kedai-kedai mamak... semuanya khusyuk menantian satu sorakan yang diagung-agungkan oleh seluruh isi bumi ini... Apakah kalimah yang keramat itu? Mengapakah terlalu ramai yang memuja kalimah tersebut hinggakan sanggup berjaga pada waktu tengah malam? Sakti apakah yang terdapat dalam kalimah tersebut? Apakah lafaznya? Adakah ia 'Allahu Akbar' sepertimana dalam Takbiratul Ihram? Adakah mereka berjaga pada waktu malam untuk bermunajat dan bertahajud kepada-Nya?

Jawapannya ada pada diri para pembaca yang dipilih Allah sekalian... Lafaz pendek yang mempunyai tiga huruf di mana terdiri daripada 2 huruf konsonan dan 1 huruf vokal... Diagung-agungkan dan dipuja seluruh manusia apabia tiba musim Piala Dunia... Ianya lafaz 'gol'... Mudah disebut hinggakan satu dunia berkongsi istilah ini tanpa khilaf pada ejaan mahupun sebutannya. Begitu 'berkuasa' kalimah ini hingga ada yang sanggup melupakan pada yang Maha Kuasa menjelang fajar sadiq menjelma esok pagi... Perkara ini sepatutnya dibimbangi oleh semua umat Islam khususnya tetapi ke manakah melayangnya kerisauan tersebut?

Secara sedar atau tidak, minda kita telah dijajah oleh Barat dan ini telah menjadi selimut kepada perkara yang haq untuk muncul menunjukkan apa yang sepatutnya terjadi. Kita dikuasai atas dasar 5S yang kini telah sebati dalam hidup kita seharian... Apakah 5S? 5S adalah:

1. Sport (Sukan)
Seperti yang diketahui, sukan telah melahirkan atlet-atlet harapan negara yang berentap di persada dunia bagi meraih nama dan gelaran tertentu. Sehingga membentengi yang halal untuk meraih kepentingan diri. Benarkah cara pemakaian atlet-atlet demikian? Adakah itu sesuatu yang baik?

2. Screen (Skrin)
Tidak lengkap sesebuah rumah tanpa sesuatu yang dinamakan skrin.. Sama ada peti televisyen atau komputer, masing-masing punyai peranan untuk menyebarkan maklumat-maklumat yang kini menjadi sesuatu yang dipelukan oleh setiap manusia. Manusia yang mudah terpengaruh tidak keliru untuk memilih fitnah sebagai sumber pengetahuan mereka. Apa yang disampaikan dianggap sebagai sesuatu yang benar... Adakah semua yang disampaikan benar?

3. Star (Bintang)
Telah menjadi kebiasaan, bintang dianggap cantik, menarik selain dapat memandu manusia ke sesuatu arah yang ingin dituju. Begitu juga dengan 'bintang pujaan' yang kini semakin rakus membiak di pentas populariti. Artis disanjung sebagai idola. Apakah Junjungan Mulia Muhammad S.A.W tidak cukup baik untuk dijadikan contoh teladan?

4. Sex (Seks)
Fitrah manusia diciptakan dengan nafsu dan amarah yang mana akan mengawal manusia jika manusia tidak mengawalnya. Kewujudah budaya seks bebas yang diperkenalkan oleh barat sejak sekian lama menjadi ikutan muda mudi Islam zaman sekarang. Keruntuhan akhlak berpunca daripada pengaruh nafsu seks yang tak terkawal dan kini banyak mengundang kewujudan 'bayi sampah' atau lebih tepat, 'anak haram'. Persoalannya, Haramkah anak itu? Siapa yang lebih HARAM dalam hal ini?

5. Style (Gaya)
Indah sungguh dilihat pada paparan mata yang buta dengan ilmu tatkala mengilas pandangan kepada 'mar atun' atau tempat jatuh pandangan. Fesyen Islamik moden kononnya telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dalam Kitab-Nya dan juga kalam pesuruh-Nya. Apakah ini yang dicari oleh mukmin sekarang ini? Perlukah ini dibiarkan?

Segala jawapan di atas ada dalam diri anda. Anda yang perlu menjawabnya sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails