Untuk Iklan, sila klik...

Tuesday, July 20, 2010

Selamat Hari Lahir, Ibu...

Hari ini penulis pagi-pagi lagi bergegas pulang ke rumah dengan meninggalkan satu kelas. Tapi bukan bermakna penulis ponteng kelas. Penulis cuma hadapi satu masalah kesalahan maklumat yang diberikan. Abaikan hal itu.

Dalam perjalanan pulang, penulis sempat singgah ke sebuah kedai alat tulis. Penulis membeli sekeping "Greeting Card". Greeting card tersebut penulis mahu berikan kepada ibu penulis sebab kelmarin hari jadi beliau. Setibanya di rumah, penulis disambut mesra oleh ibu. Penulis pergi ke dapur membersihkan baju dan melakukan lain-lain perkara selain bermain-main dengan Haikal, anak saudara penulis.

Penulis menoleh ke arah jam dinding, wah, sudah pukul 10.30 pagi. Alamak, pukul 11.00 ada kelas. Penulis pun beritahu kepada ibu bahawa penulis sudah hendak pulang. Setelah bersalaman, penulis berpura-pura tiada apa. Ibu seperti biasa, hanya memerhatikan penulis yang hendak pulang.

Kemudian, penulis menyerahkan kad yang dibeli tadi sambil mengucapkan, "Happy birthday". Ibu membuka sampul pink tersebut dan membelek-belek kad itu. Dibacanya isi kandungan dalam kad tersebut yang tertulis, "Sanah helwah ya ummiy, Kullu 'aam wa-antum bikhair". "Jazakillahu khairan kathiira 'ala kulli syaik". Ibu tersedu kemudian semakin kuat mengesak. Ibu memeluk penulis sambil bercucuran air mata di pipi. "Terima kasih, tak ada apa yang ibu dapat berikan pada kamu", ucap ibu. penulis hanya membisu, tak mampu untuk melontarkan apa-apa perkataan. Lalu, penulis pun pulang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails