Untuk Iklan, sila klik...

Thursday, August 19, 2010

Puasa oh Puasa!!

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak penulis ucapkan kepada pembaca semua terutamanya kepada kaum muslimin dan juga muslimat. Moga-moga kita dirahmati dan dimuliakan oleh Allah untuk menjadi tetamu kepada bulan yang penuh barakah ini. Harap-harap Ramadhan 1431 ini menjadi Ramadhan yang lebih baik dari yang sebelumnya Insya Allah.

Sesetengah orang beranggapan puasa hanyalah menahan diri dari lapar dan dahaga serta tidak melakukan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa. Memang benar, puasa adalah sepertimana yang dianggapkan tetapi adakah hanya itu yang dinamakan puasa yang berkualiti? Cuba kita renungkan, sepanjang hari kita berpuasa, dari bermula azan fajar hingga berakhir waktu asar, apakah yang kita lakukan? Berkualitikah puasa kita yang kita selama mana kita menahan diri selama hampir separuh hari? Muhasabah...

Kadang-kadang, kita terbawa-bawa sikap kita semasa bulan bukan Ramadhan. Manakan tidak, 11 bulan kita leka dengan perkara-perkara 'lagha', tiba-tiba hendak mengubah keadaan terebut selama sebulan. Mesti sukar bukan? Tapi apa pun tiada yang mustahil jika ada kemahuan. Jika selama ini mulut kita sering menuturkan kata-kata umpatan. Telinga kita asyik mendengar fitnah dan pendustaan. Mata terlalu leka melihat 'keseronokan dunia'. Bolehkah kita ubah perkara itu bersempena dengan bulan yang mempunyai rahmat ini dan seterusnya agar kita dapat lakukan anjakan paradigma dalam diri kita.

Itu kisah orang yang berpuasa. Jika kepada yang tidak puasa pula bagaimana? upss... ini bukan soal keuzuran atau 'cuti bulanan', tapi ini tentang kerelaan hati untuk meninggalkan puasa. Sebelum itu penulis tertanya-tanya tentang puak-puak yang meninggalkan puasa ni. Berat sangatkah untuk menahan lapar dan dahaga serta perkara-perkara lain hanya untuk setengah hari? Rasanya tidak ada lagi individu yang mati disebabkan berpuasa. Atau jika ada pun mungkin ada sebab lain yang lebih kukuh alasannya. Tak terfikirkah mereka tentang azab yang akan diterima yang telah dijanjikan oleh Allah dalam Kitab-Nya.

Walau apa pun keadaannya, kita hendaklah sentiasa berharap agar hari ini yang kita lalui lebih baik dari semalam dan esoknya adalah yang terbaik. Penulis memohon ampun kepada semua pembaca jika ada sebarang kesalahan yang penulis lakukan bila-bila masa sahaja. Moga-moga dengan berkat Ramadhan ini akan dapat mengampunkan segala dosa-dosa kita yang lalu. Amin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails