Untuk Iklan, sila klik...

Friday, November 5, 2010

Bala dan ujian

Baru-baru ini, utara semenanjung Malaysia digemparkan dengan banjir besar terburuk pernah berlaku dalam beberapa tahun lalu. Dua negeri yang menerima musibah ini ialah Perlis dan utara Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar). Kejadian tersebut dilaporkan telah meragut beberapa nyawa dan beberapa kes kehilangan. Harta benda dan rumah musnah sekelip mata. Bekalan air juga terputus di beberapa tempat.

Bayangkan jika semua ini berlaku di tempat kita. Sama ada mahu atau tidak kita terpaksa redha dengan segala kehilangan harta benda dan pemergian saudara mara yang tercinta. Kesedihan dan kekecewaan terhadap apa yang berlaku sudah tentu meragut kebahagiaan setiap mangsa kejadian tetapi kita haruslah ingat bahawa tiada sesuatu pun yang berlaku tanpa izin Allah. Dialah yang mengatur setiap kejadian di alam ini.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Bukan mudah untuk melupakan tragedi tragis yang dirasai oleh mereka yang terlibat tetapi seharusnya muhasabahlah diri sendiri, dimanakah silapnya sehingga bala ini diturunkan di tempat kita. Dilaporkan kawasan Stadium Darul Aman mengalami limpahan air yang teruk, renung-renungkan apa sebenarnya punca kemurkaan Allah yang ada di situ. Setiap malam dipestai maksiat mungkin, wallahu a'lam.

Di negeri Perlis pula dengarnya seluruh negeri ditenggelami air. Jadi, rakyat perlis juga perlu bermuhasabah, apakah punca kemarahan Allah Subhanahu wa taala terhadap negeri tersebut. Dari sebesar-besar perkara hinggalah kepada sekecil-kecil perkara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails