Untuk Iklan, sila klik...

Tuesday, January 18, 2011

Pustaka NurImanGive Away




Tip-tip Kecemerlangan daripada Al-Quran
(Dr Danial Zainal Abidin)
(PTS Millenia Sdn Bhd)



Melalui buku ini, pembaca akan memperoleh semangat serta keyakinan diri dalam melakukan apa jua pekerjaan dan semestinya dalam pekerjaan itu kita impikan suatu kejayaan. Menariknya tentang buku ini ialah segala tip-tip dan rahsia-rahsia kejayaan adalah dipetik melalui dalil al-Quran yang semestinya memberi petunjuk kepada setiap manusia.

Salah satu contoh yang dipetik daripada al-Quran adalah berdasarkan ayat 110 Surah Ali-Imran: "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran dan kamu Beriman kepada Allah". Ayat ini telah menerangkan kita sebagai Umat Islam adalah yang lebih 'berjaya' daripada umat-umat yang lainnya. Umat yang mana telah memelihara manusia lain menuju kearah kebaikan dan menjauhkan segala kejahatan di bumi ini serta menurut segala perintah Allah Subhanahu Wa Taala.

Contoh-contoh lain yang terkandung dalam buku ini ialah hadis-hadis Rasulullah Sallallahu Alaih Wa Sallam dan juga kisah-kisah berkaitan sejarah kehidupan para sahabat Rasulullah Sallallahu Alaih Wa Sallam yang berjaya dari pelbagai aspek kehidupan sama ada duniawi mahupun kehidupan Ukhrawi. Teladan yang terbaik untuk diikuti oleh masyarakat kini dan sesuai dengan pola kehidupan zaman sekarang. Terkandung juga kisah-kisah perjuangan dan pengorbanan umat-umat terdahulu demi mengecap kejayaan, kemenangan dan juga keamanan yang bukan untuk kepentingan diri mereka tetapi untuk dirasai oleh kita umat Islam masa sekarang.

Selain itu turut juga diselitkan kata-kata hikmah yang dinukilkan oleh cendekiawan-cendekiawan silam yang mampu membangkitkan semangat juang pembaca melalui ulasan-ulasan yang menarik dan mantap oleh penulis. Sebagai contoh yang terdapat dalam buku ini, Imam al-Ghazali penah berkata: "Ketika perasaan marah berkobar ia boleh diubati dengan azimat ilmu dan amal."

Kesimpulannya, buku ini adalah mesti milik oleh setiap individu dan harus dihayati demi kemajuan diri, bangsa dan juga agama. Nas-nas yang diberikan adalah cukup bernas dan penuh dengan motivasi pemangkin semangat dan kecekalan dalam menghadapi perjuangan dalam hidup.


maklumat lanjut: Blog Pustaka NurIman

Tagged:

1 comment:

  1. salam,
    terima kasih menyertai. pemenang akan dinilai sebaik tamat mengikut 4 kriteria yg dinyatakan..pastikan memenuhi ke4-4 tersebut

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails