Untuk Iklan, sila klik...

Tuesday, February 1, 2011

Indahnya ber'couple'...?

Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun. Ada juga berpendapat bahawa remaja ialah mereka yang berumur 12-25 tahun. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan pemikiran, emosi, fizikal dan kerohanian manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa. Ketidakstabilan dari segi kawalan perasaan, pegangan kepercayaan, kemahiran juga mungkin berlaku pada sesetengah individu yang mengalami peringkat ini.

'Couple' pula bermaksud perkataan bahasa inggeris yang bererti pasangan. couple juga boleh juga diertikan sebagai pacar atau kekasih. Jadi, istilah cuople dan remaja pada zaman kini amatlah sinonim untuk digandingkan kerana rata-rata remaja zaman sekarang amat 'prihatin' dalam menyempurnakan istilah couple dalam kehidupan mereka.

Banyak udang, banyak garamnya; banyak orang, banyaklah ragamnya. begitu jugalah dengan remaja yang bercouple. Ada yang menggenggam erat erti kata setia, ada yang lupa, ada yang tak endah dengan 'setia' dan ada juga hanya suka-suka dan tak kenal langsung erti setia dalam bercouple. Perkataan I love you, you love me, ILU, love forever, I'm yours, u're mine dan serba serbi lagi perkataan yang famous dalam percouplean ini. Persoalannya, seronokkah bercouple???

Hujung minggu, keluar dating. Tak cukup dengan taman bunga, dipenuhkan pula di taman rekreasi, tempat-tempat riadah, tepi-tepi tasik, sungai, pantai dan sebagainya dengan aktiviti dating. Itu adalah cara terjimat untuk meluangkan masa bersama yang tersayang. Jika sedikit advance, panggung-panggung wayang menjadi sasaran. Katanya "cerita baru di panggung best!" tapi kepala tak tengok layar pun. Bila lampu panggung dibuka, cepat-cepat cover... ish3...

Pusat permainan Bowling untuk hari-hari istimewa. Anniversary, Birthday, Remeet, serta macam-macam lagi sambutan dan yang paling best, Valentine. Bila diajak, memang pantang ditolak. Biasalah, keluar dengan kekasih, lautan api sanggup ku renangi. Sanggup 'bohong sunat' (ntah apa-apa) dengan ibu dan ayah kononnya nak ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran bersama kawan-kawan. Melangkah keluar dari rumah, sopan santun lemah lembut sampai semut sendiri pun rela dirinya dipijak. Bila sampai di bandar, londeh situ sana sini lepas tu, jumpa 'ehem-ehem..' aduuhhh!!!

Bila kasih berputik, cinta bersemi, rindu memekar, dan sayang bercambah, bermulalah episod baru dalam kehidupan sepasang yang bercouple. Janji-janji manis ditabur-tabur. Kata-kata jiwang menghias indah manjadikan hubungan makin rapat dan sendat akhirnya, "awak dah bersedia?". Jangan dinafikan lagi. Inilah realitinya. Dari bilik2 sewa murahan hingga ke hotel mewah menjadi sasaran. Yang hitam nampak putih, yang rendah nampak tinggi, yang kecil nampak ..................... dan macam-macam lagi. Segalanya menjadi indah. Terlalu bodoh untuk dibayangkan!!!

Dua bulan berlalu, loya-loya pun berlaku. 'Tetamu bulanan' dah lama tak datang. Apa yang terjadi? "Macamana ni bang, ayang takut mama dengan papa tau". Kata-kata penyesalan terburuk dan ter'hampeh' pun dituturkan. Namun, apa responnya? "Kau yakin ke benih tu benih aku? kau sundal, sape-sape pun kau layan. Kalau tak, takkan jadi macam ni lah!" Nah, terimalah akibatnya. Rasa cinta, rindu, sayang, lap-lap u, lap-lap me semuanya berderai menjadi titisan air mata. Seluruh ahli keluarga bakal tahu, guru-guru di sekolah, kolej, universiti semuanya....... Biar, rasakan!!

Sembilan bulan sepuluh hari menjelma. Tangisan tujuh bulan lalu sudah kering di kelopak mata. Namun apa pula yang menangis? Ya, hasilnya yang berbuah telah meratapi kehadirannya di muka bumi ini sebagai anak tak berbapa atau lebih tepat, Anak Haram. Bukan haramnya dia tetapi dua insan jijik yang menghasilkannyalah yang telah melakukan perkara haram. Lantas si bayi dilahirkan tanpa bidan. (Senang pula ya mereka ini membidankan diri sendiri. Emak aku sampai ke hospital pun belum habis sakit nak melahirkan aku.)

Dalam ramai-ramai yang melakukan perkara terkutuk sedemikian, tidak sampai 10 peratus pun yang sanggup membela dan membesarkan zuriat tersebut, lalu berlakulah insiden buang bayi. Di dalam tong sampah, dalam sungai, dalam longkang, parit, depan masjid, stesen bas dan pelbagai tempat lagi yang menjadi sasaran. Pernahkah mereka terfikir, kalaulah ibu dan ayah mereka melakukan perkara yang sama sewaktu melahirkan mereka dahulu, adakah mereka masih dapat hidup seperti sekarang? Kejam! memang kejam dan bodoh! Haiwan pun lebih mulia dari mereka!

Jika hidup kita dilandaskan dengan ajaran Islam, perkara sebegitu takkan terjadi. Benarlah firman Allah, "Dan janganlah kamu MENGHAMPIRI zina. Sesungguhnya ianya suatu kejahatan dan seburuk-buruk jalan (pilihan)". Jadi, Renungan di sini, Jauhi Couple.
wassalam~..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails