Untuk Iklan, sila klik...

Friday, February 11, 2011

Marilah bercinta!

"Semua makhluk bercinta!"
Eh, betul ke? Takkan binatang pun bercinta? tumbuh-tumbuhan? batu-batu? gunung-ganang? dll.

Ya. Kenapa? Tak percaya? cuba renungkan ayat ini... (As-Shaaf ayat 1)
"Bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi; dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"

Bertasbih membawa makna memuji-muji dan mengabdikan diri kepada sesuatu yang mulia dan tinggi serta mengharapkan kesejahteraan. Bertasbih sudah tentu ditujukan kepada sesuatu zat yang disukai yakni apa yang dicintai. Ya, itulah bukti setiap makhluk yang telah diciptakan mempunyai rasa cinta. Cuma cara yang berbeza. Rasa cinta dalam kalangan haiwan juga membantu mengembangkan zuriat dan spesis mereka. Cinta batu-batu, gunung-ganang, planet-planet dan alam cakerawala membuktikan ketinggian dan kemuliaan Allah S.W.T.

Berlainan dengan manusia, rasa cinta dikurniakan sebagai anugerah yang amat tinggi harga dan nilainya. Setiap insan diberikan rasa cinta yang sama rata oleh Allah S.W.T. kerana Dia Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Setiap insan berasa bahagia apabila mengecap rasa cinta kepada sesuatu dan cuma akal fikiran yang menentukan rasa cinta itu disalurkan kepada apa dan siapa. Oleh itu, janganlah dipertikai kenapa diciptakan nafsu dalam diri manusia kerana nafsulah yang menerbitkan rasa cinta. Bijaklah mengawalnya jika tidak, dia akan mengawal kita.

Sebelum ini dikupas tentang couple, yakni hasil kepada rasa cinta yang dikurnakan. Berhubungan sesama manusia adalah fitrah semulajadi kejadian manusia dan menjadikan kehidupan lebih bermakna dalam menempuh pahit manis bercinta. Keindahan dan keperitan yang dirasai mematangkan pemikiran manusia tanpa mengira status atau darjat, harta atau pangkat, baik atau jahat semuanya diberi peluang merasainya. "
Ali Imran : 14 “Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga).” Dalam ayat ini Hubb (rasa cinta) adalah suatu naluri yang dimiliki setiap manusia tanpa kecuali baik manusia beriman mahupun manusia durjana.

Menjadi yang terbaik adalah amat dituntut dalam Islam. Oleh itu, jika anda seorang pencinta, jadilah si pencinta yang terbaik di mata manusia, semua makhluk dan juga di sisi Allah S.W.T. Jadikanlah Allah sebagai cinta utama dan Rasulullah cinta agung sebagai kekasih-Nya. Kemudian cintailah ibu yang perit jerihnya mengandung, melahirkan, menjaga, membesarkan, mendidik, menyayangi dan melakukan apa sahaja demi kita. Kemudian sayangilah si ayah kerana tiada manusia terbaik disisi kita selainnya.

Kemudian barulah mencintai manusia sebagai seorang kekasih. Biarpun rasa cinta dan gelora nafsu itu fitrah kejadian manusia, namun batas dan landasan syariat haruslah dijaga. Berkasih-kasihanlah kerana Rasulullah juga berkasihan dengan isteri-isteri baginda. Tapi ini bukanlah lesen untuk kita melakukan dosa dan maksiat. Bercintalah secara Islam.



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails