Untuk Iklan, sila klik...

Thursday, September 8, 2011

Inikah yang kita cari?

Semakin hari dunia semakin canggih, dan bilangan manusia semakin ramai menggunakan kecanggihan tersebut. Jadi, kecanggihan tersebut membuatkan kita bebas untuk mengekspresikan apa yang terbuku dalam hati sanubari kita. Kadang-kadang kita segan dan amat malu untuk meluahkan rasa hati di hadapan sesuatu individu sepertimana yang dilakukan suatu masa dahulu. Namun kini semuanya menjadi mudah dan murah. Jadi, janganlah pula disalahgunakan kemudahan yang diberikan.
Wang atau sinonimnya duit yang kita gunakan setiap hari, yang mana jumlahnya tak mampu kita kira walaupun oleh seorang pakar matematik, kerana kadarnya yang rawak dan tidak tetap setiap hari, amat digemari oleh setiap manusia. Manusia kini berkejar-kejaran mencarinya, ada yang sanggup mencederakan diri bahkan ada juga yang berbunuhan kerananya. Sebab nyawa manusia sekarang ada pada kertas-kertas yang nipis dan pada zahirnya tiada nilai tetapi amat digilai para pemburu kesenangan duniawi. Ya, penyakit 'WAHAN' yang telah disebutkan oleh rasulullah 1400 tahun dahulu telah menular dalam kalangan manusia zaman sekarang.

Kita dituntut untuk mengasihi antara satu sama yang lain. Sama ada jutawan, menteri, pihak atasan, pertengahan mahupun hamba sekalipun, tidak ada apa yang perlu dilebihkan oleh seseorang itu selain dari meningkatkan amal dan taqwa masing-masing. "Bukan mahu berkhutbah, cuma betuli diri jua". (pujangga rap). Harta bukanlah kayu ukur untuk menilai darjat dan pangkat seseorang di hadapan 'Azza Wa Jalla nanti. Rezeki yang dikurniakan oleh Allah selama ini tidak lain hanyalah untuk memudahkan kita melakukan amal ibadat dan mendekatkan diri kepadanya selain menjadi ujian kepada orang-orang yang mengejar keduniaan.


Kita berhak untuk memilih jalan kehidupan kita sendiri namun perlu kita ingat, kita masih terikat dengan batasan syariat dan hukum-hukum Islam yang telah ditetapkan oleh Pencipta. Bila ada yang memilih kejahatan, perlulah dia renungkan kembali kepada siapakah dia akan kembali dan apakah benar jalan yang telah dipilihnya. Memang mudah menyatakan pilihan kehidupan tapi mudahkah kita menanggung akibat daripada pilihan itu? Tepuk dada, tanyalah iman.


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails