Untuk Iklan, sila klik...

Tuesday, January 18, 2011

Pustaka NurImanGive Away




Tip-tip Kecemerlangan daripada Al-Quran
(Dr Danial Zainal Abidin)
(PTS Millenia Sdn Bhd)



Melalui buku ini, pembaca akan memperoleh semangat serta keyakinan diri dalam melakukan apa jua pekerjaan dan semestinya dalam pekerjaan itu kita impikan suatu kejayaan. Menariknya tentang buku ini ialah segala tip-tip dan rahsia-rahsia kejayaan adalah dipetik melalui dalil al-Quran yang semestinya memberi petunjuk kepada setiap manusia.

Salah satu contoh yang dipetik daripada al-Quran adalah berdasarkan ayat 110 Surah Ali-Imran: "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran dan kamu Beriman kepada Allah". Ayat ini telah menerangkan kita sebagai Umat Islam adalah yang lebih 'berjaya' daripada umat-umat yang lainnya. Umat yang mana telah memelihara manusia lain menuju kearah kebaikan dan menjauhkan segala kejahatan di bumi ini serta menurut segala perintah Allah Subhanahu Wa Taala.

Contoh-contoh lain yang terkandung dalam buku ini ialah hadis-hadis Rasulullah Sallallahu Alaih Wa Sallam dan juga kisah-kisah berkaitan sejarah kehidupan para sahabat Rasulullah Sallallahu Alaih Wa Sallam yang berjaya dari pelbagai aspek kehidupan sama ada duniawi mahupun kehidupan Ukhrawi. Teladan yang terbaik untuk diikuti oleh masyarakat kini dan sesuai dengan pola kehidupan zaman sekarang. Terkandung juga kisah-kisah perjuangan dan pengorbanan umat-umat terdahulu demi mengecap kejayaan, kemenangan dan juga keamanan yang bukan untuk kepentingan diri mereka tetapi untuk dirasai oleh kita umat Islam masa sekarang.

Selain itu turut juga diselitkan kata-kata hikmah yang dinukilkan oleh cendekiawan-cendekiawan silam yang mampu membangkitkan semangat juang pembaca melalui ulasan-ulasan yang menarik dan mantap oleh penulis. Sebagai contoh yang terdapat dalam buku ini, Imam al-Ghazali penah berkata: "Ketika perasaan marah berkobar ia boleh diubati dengan azimat ilmu dan amal."

Kesimpulannya, buku ini adalah mesti milik oleh setiap individu dan harus dihayati demi kemajuan diri, bangsa dan juga agama. Nas-nas yang diberikan adalah cukup bernas dan penuh dengan motivasi pemangkin semangat dan kecekalan dalam menghadapi perjuangan dalam hidup.


maklumat lanjut: Blog Pustaka NurIman

Tagged:

Thursday, January 6, 2011

Saiyidus Suwar

Bagi kita sebagai umat Islam semestinya membaca Saiyidus Suwar (Ummul Quran) ini sekurang-kurangnya 17 kali sehari betul kan? Surah yang terpenting dalam kehidupan seorang muslim ini adalah sebuah mukjizat yang besar kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaih Wasallam kerana ia merupakan satu-satunya surah yang tidak boleh dibaca secara sekerat-sekerat (dibaca keseluruhan hingga habis satu surah) dan juga surah yang pertama disusun di dalam Al-Quran.

Surah ini juga bukan sekadar mudah untuk dihafaz bahkan dijadikan sebagai 'ayat jampi' dalam proses perubatan Islam. Selain itu juga ia dapat menghindarkan kita dari bahaya bisikan iblis dari menghasut pemikiran kita. Terlalu banyak kelebihan dan fadhilat surah yang pendek ini. Membacanya dan mendengarnya adalah ibadah.

Al-Fatihah juga bukan sahaja dilafazkan ketika membaca al-Quran bahkan juga ketika berdoa dan bermunajat kepada Allah. Surah ini jika direnung-renungkan maknanya merungkai tentang ketuhanan, sifat-sifat Allah, kewujudan hari ad-Diin (kiamat), rayuan ke landasan yang sebenar dan lebih lagi. Begitu besar skop maknanya yang tekandung dalam ayat-ayat yang ringkas dan mudah.

Namun apabila ditanya pada muda-mudi Islam zaman sekarang, masih ada yang tergagap-gagap tatkala disuruh membacanya bahkan ada yang langsung tidak tahu walaupun sepatah. Lebih sedih apabila ada yang mengaku tidak pernah membaca surah tersebut. Sudah pasti golongan ini tidak menunaikan solat fardhu lima waktu apatah lagi mengerjakan solat sunat yang lain. Perlukah ini dibiarkan? Sanggupkah kita biarkan mereka ini terus tersesat dalam kegelapan dah kejahilan sedangkan amanah kita adalah membimbing mereka? Jawapannya ada pada diri kita sebagai seorang pendakwah.


Related Posts with Thumbnails