Untuk Iklan, sila klik...

Wednesday, July 28, 2010

Adakah semua ini benar??

"Errmmm... enaknya coklat nii.. nak lagi.." "Wah, rangupnya... sedap betul keropok ni.." inilah yang selalunya kita ucapkan ketika makan makanan ringan yang dibeli di mana-mana kedai. Adakah lafaz Basmalah (بسم الله الرحمن الرحيم) kita sertakan bersama? Jika ya, tak mengapalah. Tapi, bagaimana kalau tidak? Muhasabahlah.

Tapi, bukan itu sebenarnya yang ini dikupaskan dengan lebih lanjut. Penulis teringin untuk bertanya kepada semua pembaca sekalian.. Setiap kali kita beli makanan di kedai, sama ada makanan ringan ataupun makanan mentah, adakah kita terfikir tantang bahan-bahan untuk menghasilkan makanan tersebut? Selalukah kita membelek-belek ruangan bahan-bahan yang tertera di belakang bungkusan makanan tersebut? Ataupun cukup sekadar logo Halal Jakim yang tertera sudah membuktikan bahawa makanan itu benar-benar halal? Bagaimana dengan makanan yang tiada logo halal? Pernahkah kita tersedar, produk yang amat laris di pasaran yang mendapat perhatian semua pembeli muslim khususnya seperti:
Coklat Ferrero Rocher
snek kentang PringlesKedua-dua produk ini sebenarnya TIDAK MEMPUNYAI logo Halal Jakim atau mana-mana logo Halal tapi cukup laris terjual di pasaran. Tidak percaya? sila periksa sendiri.

Namun, bagaimana pula dengan makanan yang diragui yang mempunyai logo Halal Jakim? Adakah kita yakin bahawa makanan ini betul-betul halal? Terfikirkah kita tentang logo halal palsu? Di sini, penulis ingin mengeluarkan beberapa fakta tentang bahan-bahan makanan yang diragui...
Emulsifier (E471) (Mono-and Diglycerides of Fatty Acids) sebenarnya dihasilkan dari LEMAK BABI. Fungsi lemak babi ini digunakan dalam makanan adalah untuk menstabilkan bentuk dan rasa makanan selain menjadi bahan pengawet kepada makanan yang dihasilkan. Ini kerana lemak haiwan lain tidak cukup padat untuk menjadi penstabil makanan yang baik. Bahan ini selalunya terdapat pada makanan segera yang dipek untuk tempoh yang panjang seperti keropok, snek dan sebagainya.
Gelatin pula kebanyakan dihasilkan dari bahan yang berasaskan haiwan terutamanya BABI. Ini kerana gelatin yang dihasilkan dari babi dapat bertahan lebih lama selain proses penghasilannya lebih mudah dilakukan.

Selain itu, makanan yang mengandungi bahan yang diragui ini terasuklah

Coklat Cadbury
Kek lapis Apollo
Dan banyak lagi produk yang tak dapat penulis senaraikan kesemuanya di sini.

Kesimpulannya, kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam memilih makanan yang kita akan makan. Ini kerana setiap zarah makanan yang masuk dalam tubuh badan kita akan menjadi darah daging kita. Dan inilah yang akan membentuk diri kita sama ada menjadi daging yang baik atau buruk. Inilah puncanya umat Islam sekarang semakin lemah dan kurangnya semangat mempertahankan agama. Rasulullah S.A.W pernah bersabda dalam hadisnya: "Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram, maka nerakalah yang lebih layak baginya.." Mahukah kita??

Tuesday, July 20, 2010

Selamat Hari Lahir, Ibu...

Hari ini penulis pagi-pagi lagi bergegas pulang ke rumah dengan meninggalkan satu kelas. Tapi bukan bermakna penulis ponteng kelas. Penulis cuma hadapi satu masalah kesalahan maklumat yang diberikan. Abaikan hal itu.

Dalam perjalanan pulang, penulis sempat singgah ke sebuah kedai alat tulis. Penulis membeli sekeping "Greeting Card". Greeting card tersebut penulis mahu berikan kepada ibu penulis sebab kelmarin hari jadi beliau. Setibanya di rumah, penulis disambut mesra oleh ibu. Penulis pergi ke dapur membersihkan baju dan melakukan lain-lain perkara selain bermain-main dengan Haikal, anak saudara penulis.

Penulis menoleh ke arah jam dinding, wah, sudah pukul 10.30 pagi. Alamak, pukul 11.00 ada kelas. Penulis pun beritahu kepada ibu bahawa penulis sudah hendak pulang. Setelah bersalaman, penulis berpura-pura tiada apa. Ibu seperti biasa, hanya memerhatikan penulis yang hendak pulang.

Kemudian, penulis menyerahkan kad yang dibeli tadi sambil mengucapkan, "Happy birthday". Ibu membuka sampul pink tersebut dan membelek-belek kad itu. Dibacanya isi kandungan dalam kad tersebut yang tertulis, "Sanah helwah ya ummiy, Kullu 'aam wa-antum bikhair". "Jazakillahu khairan kathiira 'ala kulli syaik". Ibu tersedu kemudian semakin kuat mengesak. Ibu memeluk penulis sambil bercucuran air mata di pipi. "Terima kasih, tak ada apa yang ibu dapat berikan pada kamu", ucap ibu. penulis hanya membisu, tak mampu untuk melontarkan apa-apa perkataan. Lalu, penulis pun pulang.

Thursday, July 15, 2010

Oh, dia tak bersalah!


Anda kenal dengan haiwan ini? Masih kenal dengan ia setelah kejuaraan bola sepak FIFA telah semakin lama berkhir? Mana mungkin kita boleh terlupa ya. Haiwan yang dianggap sakti yang boleh meramal nasib pasukan mana yang akan menang sebelum perlawanan berlangsung. Hebat! memang hebat. Tanpa tercicir satu perlawanan pun yang bertentangan keputusannya dari ramalannya. Tukang tilik pun kadang-kadang ada juga yang tersilap. lawak betul!

Sotong kurita milik negara Jerman ini diberi nama Paul dan tugas yang telah diberikan kepadanya telah dilakukan dengan sempurna hingga tamatnya FIFA 2010. Namun, ketika melaksanakan tugasnya dengan baik, ia diancam dan diugut bunuh oleh penyokong negara miliknya sendiri apabila Paul tidak memilih Jerman ketika menentang Sepanyol pada perlawanan separuh akhir. Apa salah makhluk Allah ini?

Faktanya, sotong kurita adalah buta warna dan lebih tertarik kepada warna yang lebih terang. Jadi, jika anda perhatikan betul-betul, negara yang dipilih oleh Paul adalah negara yang memiliki warna bendera yang lebih terang dari lawannya. Kalau anda kurang percaya dengan fakta ini, sila kaji sendiri. Jika terdapat percanggahan, sila komen.

Inilah yang dikatakan ujian Allah kepada manusia seluruh dunia umumnya untuk menilai tahap keimanan setiap individu. Kepercayaan kepada qada' dan qadar diketepikan demi mengharap pada keputusan yang dilakukan oleh haiwan yang buta warna. Pelik kan? tapi itulah hakikatnya. Senang-senang sahaja satu perkara syirik telah tersebar. Kepada seluruh umat Islam di dunia yang pernah terdetik untuk mempercayai keputusan Paul ini, segeralah bertaubat. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.

Tuesday, July 13, 2010

Alahai nasib badan...

Selalunya kita akan cakap, "wah, bahagianya hari ini... Indah betul". Kadang-kadang tak kurang jugak kita akan menyebut, "aduh, malangnya nasib aku... Apalah nak jadi ni". Bila kesenangan menyinggah dalam kehidupan kita seharian, kita akan merasa gembira. Manakala, tika kesulitan menjengah, kita mula mengeluh.

Pernahkah kita sedar, siapakah yang memberikankan segala kesenangan dan kesulitan tersebut? Berapa kalikah kita merasa berterima kasih kepada Maha Pencipta apabila diberikan kebahagiaan? Apakah tindakan yang kita telah lakukan apabila segala nikmat telah kita kecapi? Adakah cukup dengan apa yang kita sudah lakukan itu?

Renungkanlah. Segala nikmat yang telah diberikan kepada kita adalah PERCUMA. Tiada langsung bayaran yang telah Allah minta daripada kita selain menyuruh kita beribadat kepada-Nya. Setiap atom oksigen yang kita sedut setiap hari adalah merupakan tanda nikmat yang berpanjangan yang sepatutnya kita sedar. Bayangkan bumi ini wujud tanpa diciptakan di dalamnya oksigen, sudah tentu tiada satu pun hidupan yang dapat bernafas. Segala ciptaan-Nya adalah kurniaan kepada manusia untuk manusia terus berfikir tentang kebesaran-Nya.

Apabila kita ditimpa suatu musibah, apakah yang selalunya kita lakukan? Apakah yang selalunya kita sebutkan? Adakah kita berfikir tentang ujian Allah yang melanda diri kita? Kadang-kadang ada yang menyalahkan tuhan kerana diuji dengan sedikit kesusahan. Apakah mereka tidak ingat bagaimana para rasul diuji? Adakah ujian yang melanda diri mereka sama hebatnya dengan ujian para rasul? Sekurang-kurangnya bersyukurlah kerana seteruk mana pun ujian yang melanda kita, ada lagi individu yang hidupnya lebih menderita. Tak perlu kita salahkan tuhan terhadap setiap kesusahan kerana segala ujian daripada-Nya adalah tanda kasih-Nya pada kita.

Friday, July 9, 2010

Pesanan buat saudara saudariku...

Rupa paras yang kacak, tampan, cantik dan menawan dilengkapi dengan bentuk badan yang anggun lagi mempesonakan sudah tentu menjadi idaman setiap manusia di bumi. Tambahan pula dengan pakej suara yang merdu serta enak didengar, kepetahan melontar ucapan di khalayak, kecekapan memberi pendapat yang bernas lebih menjadi pingitan setiap makhluk bernama insan. Mana tidaknya, berjalan kesana ada peminat. Berjalan kesini, ada peminat juga. Siapa yang tidak mahu?

Namun sedarlah... Anda adalah antara mereka yang telah dikurniakan set kelengkapan diri yang sempurna seperti yang disebut tadi. Biarpun terdapat beberapa kekurangan, namun kelebihan akal fikiran yang telah diberikan kepada kita tentunya tidak ada tolok bandingnya... Kelebihan yang membezakan antara kita dengan lembu, kerbau, ayam dan sebagainya. Bersyukurlah kerana roh kita ditiupkan ke dalam jasad seorang insan. Jika kita tidak bersyukur, apa lagi yang kita mahukan selain dari pemberian yang agung ini?

Keperihalan tentang syukur manusia ini mendapat pertikaian oleh Allah Taala dalam Surah ar-Rahman yang bermaksud, "Maka nikmat tuhan yang manakah kamu dustakan?" Teguran ini jelas membuktikan yang manusia ini sebenarnya mudah lupa pada nikmat yang telah dikecapinya... Ayat ini juga disebut berulang-ulang kali untuk menunjukkan bahawa manusia ini sangat-sangat mudah mengkufuri akan pemberian-Nya. Buktinya, masa bilakah kita menyebut nama Allah? Adakah setiap waktu mulut dan hati kita sentiasa berzikir nama-Nya? Jika ya, Alhamdulillah. Anda tidak tergolong dalam golongan ini. Jika tidak, anda dapat fikirkan sendiri. Bila susah, sakit, sentiasa berada di atas tikar sejadah bermunajat. Apabila senang, sihat, bagaimanakah kita?

Anggota tubuh badan yang dikurniakan Allah adalah sesuatu yang amat penting untuk dipelihara dan dijaga seelok-eloknya. Ini sebagai tanda bahawa kita benar-benar mensyukuri nikmatnya atau tidak. Oleh itu, ada batas-batas dan had untuk kita mempamerkan diri di hadapan khalayak. Anggota aurat wajib ditutup agar kehormatan diri dapat dilindungi. Terutamanya kepada saudari-saudari sekalian. Apalah yang nak dibanggakan dengan rambut yang ikal mayang dan lembut bak benang sutera, susuk tubuh yang menawan bagaikan permaisuri kerengga, suara yang lunak mengalahkan burung kelicap yang bersiul jikalau suatu hari nanti semua itu akan menjadi bahan bakar kepada api neraka? Awas! janji Allah tak pernah tergelincir walaupun sebesar zarah.

Sikap yang kita tonjolkan mempamerkan akhlak sebenar diri kita. Adakah kita sedar bahawa semakin hari akhlak kita semakin jauh menyimpang dari akhlak Rasulullah S.A.W. Biarpun ada yang berkata bahawa kita hanya manusia biasa, tiada tandingnya dengan baginda, namun apa yang dituntut oleh Islam adalah mencontohi dan mengikuti keperibadian baginda yang mulia melalui sunnah baginda. Baginda diutuskan kepada kita sebagai 'khairu khalqillah' (sebaik-baik ciptaan Allah). Tiada lagi alasan untuk menyatakan tiada contoh terbaik untuk dijadikan teladan. Turutilah sunnah Rasulullah, nescaya kita akan beroleh kemenangan di akhirat kelak. Insya Allah.

Wallahu a'lam.

Thursday, July 8, 2010

Adakah kita lupa?


Baru-baru ni kita digemparkan dengan serangan Rejim Zionis laknatullahi alaihim ke atas kapal bantuan Malaysia ke Ghazah (Gaza). Post-post di dalam laman sosial Facebook, Friendster, My Space dan sebagainya rata-rata menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap serangan tersebut. Gambar-gambar profil pula ditukar kepada imej-imej yang menunjukkan ciri-ciri anti-Israel dan pro Palestin. Baguslah jika rakyat Malaysia kini, terutamanya remaja sedar dan prihatin terhadap nasib rakyat Palestin di Gaza.

Tapi takkan itu saja yang kita mampu lakukan untuk menunjukkan kemarahan kita terhadap tentera Zionis dan kesedihan kita mengenang nasib saudara-saudara kita di sana? Adakah tindakan kita itu dapat membantu mereka yang sedang berada dalam penderitaan yang maha dahsyat itu?? Mampukan dengan apa yang kita lakukan itu dapat menumpaskan kemaharajalelaan tentera-tentera berhati syaitan itu? Tambahan pula dengan kemunculan Piala Dunia Bola Sepak (FIFA), kejadian tersebut terus dilupakan dari kotak fikiran kita. Seolah-olah tiada apa yang amat kejam telah berlaku.. Bersorak gembira sambil melupakan kejadian pasukan keselamatan negara kita yang telah terkorban demi penduduk Palestin.

Mungkin belum kena atas batang hidung sendiri. Cuba kita renungkan sejenak. Kalaulah anggota penyelamat itu dari kalangan anggota keluarga kita. Sanggupkah kita biarkan begitu saja? Mampukah kita hanya berdiam diri dan tidak mempedulikan nasib mereka yang telah pergi dek kekejaman tentera Israel itu? Tentunya tidak. Jadi, beratkah kita untuk mengenang nasib mereka? Sesungguhnya mereka itu saudara kita juga. Fikir-fikirkanlah.

Marilah sama-sama kita menadah tangan, menundukkan pandangan, merendahkan keegoan sambil menghadap tuhan... Berdoalah untuk mereka, kerana itu yang mereka perlukan dari kita sekarang selain dari bantuan yang gagal kita hantarkan tempoh hari. Alfatihah~

Tuesday, July 6, 2010

Di sebalik Piala Dunia 2010 Afrika Selatan (FIFA 2010)

Nampaknya FIFA 2010 akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi... Hanya menunggu saat-saat kemunculan pasukan jaguh bola sepak dunia berentap pada perlawanan akhir 11 Julai nanti. Detik yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat dunia umumnya...
Sedar atau tidak sudah lebih sebulan rakyat Malaysia khususnya ber'qiamullail' sama ada di dalam ruang tamu rumah, kaki lima bangunan kedai makanan, kedai-kedai mamak... semuanya khusyuk menantian satu sorakan yang diagung-agungkan oleh seluruh isi bumi ini... Apakah kalimah yang keramat itu? Mengapakah terlalu ramai yang memuja kalimah tersebut hinggakan sanggup berjaga pada waktu tengah malam? Sakti apakah yang terdapat dalam kalimah tersebut? Apakah lafaznya? Adakah ia 'Allahu Akbar' sepertimana dalam Takbiratul Ihram? Adakah mereka berjaga pada waktu malam untuk bermunajat dan bertahajud kepada-Nya?

Jawapannya ada pada diri para pembaca yang dipilih Allah sekalian... Lafaz pendek yang mempunyai tiga huruf di mana terdiri daripada 2 huruf konsonan dan 1 huruf vokal... Diagung-agungkan dan dipuja seluruh manusia apabia tiba musim Piala Dunia... Ianya lafaz 'gol'... Mudah disebut hinggakan satu dunia berkongsi istilah ini tanpa khilaf pada ejaan mahupun sebutannya. Begitu 'berkuasa' kalimah ini hingga ada yang sanggup melupakan pada yang Maha Kuasa menjelang fajar sadiq menjelma esok pagi... Perkara ini sepatutnya dibimbangi oleh semua umat Islam khususnya tetapi ke manakah melayangnya kerisauan tersebut?

Secara sedar atau tidak, minda kita telah dijajah oleh Barat dan ini telah menjadi selimut kepada perkara yang haq untuk muncul menunjukkan apa yang sepatutnya terjadi. Kita dikuasai atas dasar 5S yang kini telah sebati dalam hidup kita seharian... Apakah 5S? 5S adalah:

1. Sport (Sukan)
Seperti yang diketahui, sukan telah melahirkan atlet-atlet harapan negara yang berentap di persada dunia bagi meraih nama dan gelaran tertentu. Sehingga membentengi yang halal untuk meraih kepentingan diri. Benarkah cara pemakaian atlet-atlet demikian? Adakah itu sesuatu yang baik?

2. Screen (Skrin)
Tidak lengkap sesebuah rumah tanpa sesuatu yang dinamakan skrin.. Sama ada peti televisyen atau komputer, masing-masing punyai peranan untuk menyebarkan maklumat-maklumat yang kini menjadi sesuatu yang dipelukan oleh setiap manusia. Manusia yang mudah terpengaruh tidak keliru untuk memilih fitnah sebagai sumber pengetahuan mereka. Apa yang disampaikan dianggap sebagai sesuatu yang benar... Adakah semua yang disampaikan benar?

3. Star (Bintang)
Telah menjadi kebiasaan, bintang dianggap cantik, menarik selain dapat memandu manusia ke sesuatu arah yang ingin dituju. Begitu juga dengan 'bintang pujaan' yang kini semakin rakus membiak di pentas populariti. Artis disanjung sebagai idola. Apakah Junjungan Mulia Muhammad S.A.W tidak cukup baik untuk dijadikan contoh teladan?

4. Sex (Seks)
Fitrah manusia diciptakan dengan nafsu dan amarah yang mana akan mengawal manusia jika manusia tidak mengawalnya. Kewujudah budaya seks bebas yang diperkenalkan oleh barat sejak sekian lama menjadi ikutan muda mudi Islam zaman sekarang. Keruntuhan akhlak berpunca daripada pengaruh nafsu seks yang tak terkawal dan kini banyak mengundang kewujudan 'bayi sampah' atau lebih tepat, 'anak haram'. Persoalannya, Haramkah anak itu? Siapa yang lebih HARAM dalam hal ini?

5. Style (Gaya)
Indah sungguh dilihat pada paparan mata yang buta dengan ilmu tatkala mengilas pandangan kepada 'mar atun' atau tempat jatuh pandangan. Fesyen Islamik moden kononnya telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dalam Kitab-Nya dan juga kalam pesuruh-Nya. Apakah ini yang dicari oleh mukmin sekarang ini? Perlukah ini dibiarkan?

Segala jawapan di atas ada dalam diri anda. Anda yang perlu menjawabnya sendiri.
Related Posts with Thumbnails