Untuk Iklan, sila klik...

Tuesday, September 7, 2010

24 PERKARA JANGAN DILAKUKAN

Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara ygmenyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yg mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara - perkara yg jangan dilakukan yg seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri. :
1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya membahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan boleh mewarisi kepapaan.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Kerana makanan yang tidak disertai Basmalah akan disertai oleh Syaitan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.
8. Jangan pakai kasut atau selipar yg berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia walaupun bukan kita yang bersalah.
13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim..
14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.
18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.
19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21. Jangan merokok kerana asap itu adalah makan jin.
22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk ke dalam rumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kitabergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui. Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg buruk itu dari hambanya juga. Wallahuallam.

Saturday, September 4, 2010

Kebenaran di sebalik penipuan dan kebetulan. (shared)

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kac televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya? Klip video di dalam youtube juga telah diremove.












Gambar-gambar tersebut telah memperlihatkan pelbagai sudut tentang sebuah iklan yang membawa sejuta persoalan dalam minda beberapa orang yang berfikir. Walau apa jua tafsirannya, walau apa jua pandangan terhadapnya, walau apa jua tanggapan masyarakat tentang perkara ini, kita perlu sedar yang media tidak kira dari apa jua jenis medium penyebaran maklumat sedang di'main'kan oleh sesuatu yang tiada siapa sedari. Umat Islam perlulah berwaspada tentang apa yang dihidangkan kepada mereka melalui apa jua jenis input yang luas tersebar. Kesatuan fikrah penting untuk mewujudkan perpaduan yang kuat antara umat Islam bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.

Pihak media di Malaysia khususnya perlulah berhati-hati ketika menyediakan sesuatu output yang berkaitan dengan agama. Bukanlah ingin menyalahkan, tetapi sebagai peringatan. Sesuatu yang sensitif kepada umat Islam seharusnya diambil berat seberat-beratnya.

Perkayakan ilmu kita dalam mengenal agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam. Mereka takkan berdiam diri sehingga misi yang mereka bawa tercapai. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (2:120).

Bersatu menentang kebatilan!
Related Posts with Thumbnails