Untuk Iklan, sila klik...

Wednesday, November 17, 2010

Aidil Adha dan Qurban

Assalamualaikum...

Ibadah Qurban di Aidil Adha.. ermm..Rasanya ramai orang dah tahu kan tentang ibadah agung ni, kisah dan sejarahnya. Kalau diceritakan balik pun, mungkin ada yang cakap, "Ini aku pun dah tau". Ya kan? Ceramah-ceramah agama di kampung-kampung pun menceritakan perkara yang sama saban tahun. erm, apa kata kita lakukan kelainan sikit...

Jom kita bincangkan pasal hikmah ibadah qurban pulak pada masyarakat zaman moden sekarang ni. Bagus juga kan?

Jika diwaktu zaman Nabi Ibrahim a.s. dahulu, masyarakat hidup dalam keadaan harmoni. Masing-masing hidup dalam keadaan sayang-menyayangi antara satu sama lain terutamanya antara ahli keluarga. anak-anak dididik dengan baik walaupun akidah mereka berlawanan dengan ajaran yang benar. Sifat kasih sayang menebal dalam setiap individu. Lantaran itu, sebagai seorang manusia yang punyai hati budi dan akal fikiran, sanggupkah baginda Nabi Ibrahim a.s. 'merenggut' nyawa anak kesayangannya walaupun itu atas perintah Allah. Jikalau jiwa Nabi Ibrahim seperti jiwa masyarakat zaman kini, pasti tidak akan berlaku sejarah agung ibadah qurban ini. Atas dasar keimanan yang amat teguh sahaja yang mampu melakar suatu peristiwa paling besar dalam sejarah hidup manusia.

Bukan gambarannya di sini untuk menceritakan betapa beratnya hati Nabi Ibrahim untuk melaksanakan penyembelihan terhadap anak baginda, Ismail a.s. Peristiwa ini jelas mencerminkan perbezaan yang ketara antara kehidupan zaman dahulu dan zaman sekarang. Mana tidaknya, zaman kini anak bukan sahaja dibunuh dengan sepenuh kerelaan bahkan dibuang bagaikan tiada harga. Jika haiwan pun sayangkan anak-anaknya, mengapa tidak manusia separti kita? Adakah masa telah menjadi sempada untuk menentukan nilai kasih sayang terhadap darah daging sendiri? Boleh difikirkan sejenak.

Jika dulu, nyawa amat dihargai, tapi sekarang dianggap sudah tidak ada harganya lagi. Semua sudah sedia maklum, 'lollypop' syaitan yang mengeluarkan makanan jin itu amat berbahaya kepada kesihatan dan mengundang seribu satu penyakit. Tapi siapa yang mengendahkannya? Hanya segelintir tapi masih wujud juga perokok yang hanya menegakkan keegoan mereka untuk terus merokok. Katanya 'stylish' bila merokok. Ya, memang bergaya. Bergaya untuk memperagakan budaya Yahudi dan barat untuk berkembang di negara sendiri. Sememangnya 'bagus' kan?

Hikmahnya berlaku peristiwa qurban ini ialah, nak menggambarkan bahawa betapa ceteknya nilai kasih sayang dalam diri masyarakat sekarang sama ada terhadap diri sendiri mahupun orang lain. Nilai keimanan itu lagilah ternampak bezanya. Jadi, buat renungan kita bersama, bandingkan sifat diri kita dengan ketabahan dan ketaqwaan dua manusia yang diangkat darjatnya oleh Allah, Ibrahim dan Ismail. Jangan kita anggap bahawa mereka nabi, memang patut berlaku pada mereka. Mereka juga manusia seperti kita, juga punya hati budi sama seperti kita. Tiada bezanya di situ.

Jadi, sempena Aidil Adha ini, penulis berharap agar pihak yang 'berasa', sedar dan cuba untuk lakukan perubahan. Tiada guna 10 Zulhijjah datang berulang-ulang kali setiap tahun tanpa ada perubahan dalan hidup setiap individu.

Friday, November 5, 2010

Bala dan ujian

Baru-baru ini, utara semenanjung Malaysia digemparkan dengan banjir besar terburuk pernah berlaku dalam beberapa tahun lalu. Dua negeri yang menerima musibah ini ialah Perlis dan utara Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar). Kejadian tersebut dilaporkan telah meragut beberapa nyawa dan beberapa kes kehilangan. Harta benda dan rumah musnah sekelip mata. Bekalan air juga terputus di beberapa tempat.

Bayangkan jika semua ini berlaku di tempat kita. Sama ada mahu atau tidak kita terpaksa redha dengan segala kehilangan harta benda dan pemergian saudara mara yang tercinta. Kesedihan dan kekecewaan terhadap apa yang berlaku sudah tentu meragut kebahagiaan setiap mangsa kejadian tetapi kita haruslah ingat bahawa tiada sesuatu pun yang berlaku tanpa izin Allah. Dialah yang mengatur setiap kejadian di alam ini.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Bukan mudah untuk melupakan tragedi tragis yang dirasai oleh mereka yang terlibat tetapi seharusnya muhasabahlah diri sendiri, dimanakah silapnya sehingga bala ini diturunkan di tempat kita. Dilaporkan kawasan Stadium Darul Aman mengalami limpahan air yang teruk, renung-renungkan apa sebenarnya punca kemurkaan Allah yang ada di situ. Setiap malam dipestai maksiat mungkin, wallahu a'lam.

Di negeri Perlis pula dengarnya seluruh negeri ditenggelami air. Jadi, rakyat perlis juga perlu bermuhasabah, apakah punca kemarahan Allah Subhanahu wa taala terhadap negeri tersebut. Dari sebesar-besar perkara hinggalah kepada sekecil-kecil perkara.
Related Posts with Thumbnails